TAHNIAH kepada Dato'
Seri Anwar Ibrahim yang mendapat pengampunan YDPA. Juga tahniah kepada
keluarga besar reformasi. Kami PAS tidak pernah mengajar kepada pengikut
kami yang DSAI bersalah walaupun mahkamah yang putuskan, walaupun
ditambah dengan rekayasa pertuduhan untuk meyakinkan.
Kami juga tidak pernah mengiyakan
tuduhan itu terhadap Dato' Seri walaupun tentera Dato' Seri serang kami
habis-habisan. Kami tetap berpegang kepada prinsip Islam yang melarang.
Semoga travelog ujian yang panjang ini
akan menyemarakkan semangat untuk Dato' Seri menyertai kami
memartabatkan Perundangan Islam yang menjamin keadilan sejagat. Semua
prinsip keadilan Islam ini hilang ketika Dato' Seri didakwa dan
dibicarakan.
Pada hari ini Dato' Seri berkuasa, maka
Dato' Seri bebas mendapat keadilan namun belum tentu untuk orang lain
mendapat keadilan tanpa adanya kuasa. Belum tentu juga keadilan pada
masa akan datang kerana kuasa bakal silih berganti.
Dengan memartabatkan Sistem Perundangan
Islam dalam negara ini sahajalah yang boleh memberi jaminan keadilan
kepada Dato' Seri dan kepada kami rakyat Malaysia sekarang dan masa akan
datang.
"Sejahtera Bersama Islam"
USTAZ HAJI AHMAD MARZUK SHAARY
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan