KUALA LUMPUR:
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan terima
kasih kepada semua rakyat yang mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) untuk mengekalkan Kelantan dan menawan Terengganu.
Beliau yang memenangi kerusi Parlimen
Marang dalam PRU14 mengucapkan syukur di atas selesainya tanggungjawab
mengundi oleh rakyat khususnya bagi warga Terengganu.
Beliau turut meminta ahli PAS supaya bertenang dan menunggu arahan parti dari semasa ke semasa.
PAS memenangi 18 kerusi Parlimen pada
PRU14 dan 90 kerusi Dun menjadikan ianya sebagai keputusan terbaik PAS
tanpa gabungan dengan Dap dan PKR.
Di Kelantan, PAS berjaya menambah kerusi
Dun kepada 37 kerusi berbanding 32 kerusi pada PRU13 manakala di
Terengganu, PAS berjaya memenangi 22 kerusi daripada 32 kerusi.
Majlis penerimaan watikah dan angkat
sumpah Menteri Besar untuk Negeri Terengganu dijadualkan pada 9 malam
ini di Istana Syarqiyyah. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan