HALAMAN SANTAI

Isnin, 16 Julai 2018

Keluar dewan jika beri manfaat rakyat, negara – Anifah

Nizam Zain
Datuk Seri Anifah Aman
Datuk Seri Anifah Aman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan, walaupun proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu dibantah, namun ahli Parlimen pembangkang tidak wajar meninggalkan persidangan.

Beliau berkata, tindakan berkenaan sewajarnya dilakukan sekiranya ia memberi kebaikan kepada kepentingan rakyat dan negara.

“Saya menghormati pandangan dan pendirian rakan-rakan lain yang berdiri sebagai pembangkang pada hari ini.

“Walau bagaimanapun saya berpendapat dan merasakan tidak perlu untuk saya bertindak meninggalkan dewan pada pagi tadi.

“Saya berpendapat dan akan bertindak dalam mana isu-isu yang akan memberi manfaat pada rakyat dan negara.

“Apapun, saya ucapkan tahniah kepada Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat di atas pelantikan beliau pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas yang keluar Dewan Rakyat hari ini sebagai tanda bantahan terhadap pelantikan Datuk Mohd Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu.

Bantahan itu tercetus susulan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 bagi penggal ke-14 bagi menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagaiamanapun Ahli Parlimen (BN-Rembau), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen (Bebas-Masjid Tanah) Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Anifah sendiri tidak meninggalkan dewan.

Pencalonan Mohamad Ariff dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (PH-Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan). – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: