HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Julai 2018

PAU 2018 buat sehari sahaja

Muhammad Azizul Osman

MGF01072018_PC-UMNO_09-1-681x454
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan pada sidang media khas mengenai perkenalan kepimpinan tertinggi UMNO yang baharu di di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
 

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 dijadualkan akan diadakan pada 29 September depan.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perhimpunan kali ini hanya akan diadakan sehari sahaja berbanding tiga hari sebelum ini.

“Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 29 September untuk pergerakan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri manakala pada 30 September untuk Perhimpunan Agung,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Malah Ahmad Zahid turut mengesahkan hanya akan ada satu usul sahaja yang akan dibawa pada perhimpunan kali ini iaitu usul ucapan presiden.

“Kita telah mengadakan pemilihan peringkat cawangan, bahagian dan tertinggi parti oleh sebab itu perhimpunan kali ini penting untuk melihat bahawa ianya disegerakan kerana kita rasa usul yang Kana dikemukakan hanya melibatkan usul ucapan presiden,” katanya lagi.

Untuk rekod, ini kali pertama perhimpunan diadakan oleh UMNO selepas kalah teruk pada PRU-14.

Pada PAU yang lepas-lepas, UMNO membuat mesyuarat agung selama tiga hari yang terdiri daripada perbahasan amanat Presiden, bahas usul-usul dan ucapan penggulungan daripada naib-naib presiden, timbalan presiden dan presiden. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: