HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Julai 2018

SPRM nafi tarik balik kes penyelewengan babitkan Lim Guan Eng

Astro Awani
SPRM nafi tarik balik kes penyelewengan babitkan Lim Guan Eng
Guan Eng didakwa pada 2016 kerana menyalahgunakan kedudukannya bagi permohonan sebuah syarikat untuk menukarkan status tanah pertanian untuk tujuan perumahan. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan untuk menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

“SPRM tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara,” jelas kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
 
Sebelum ini, sebuah portal dalam talian melaporkan kes membabitkan Ahli Parlimen Bagan itu dijangka digugurkan berasaskan ‘sumber dalaman’ SPRM.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa pada 2016 kerana menyalahgunakan kedudukannya bagi permohonan sebuah syarikat untuk menukarkan status tanah pertanian untuk tujuan perumahan.

Beliau juga dituduh menggunakan kedudukannya untuk membeli sebuah banglo milik ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM4.27 juta. 
 
 

Tiada ulasan: