KLANG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi amaran supaya tidak
mensabotaj sekali lagi calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya
Kecil (PRK) Sungai Kandis dengan menimbulkan kemarahan rakyat dengan
menyusahkan pengundi di saluran satu.
Calon BN, Datuk Lokman Noor Adam menegaskan, tindakan SPR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada pada 9 Mei lalu dengan meletakkan saluran satu untuk warga emas di tingkat tiga menyebabkan Kerajaan BN ketika itu dipersalahkan.
“Kalau kita tengok SPR sendiri pun seolah-olah sengaja membuat perkara-perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat. SPR kena pastikan pilihan raya pada 4 Ogos ini, jangan buat sabotaj-sabotaj seperti sebelum ini
“Saluran satu untuk orang tua diletak di tingkat tiga, orang muda diletakkan di bawah, di mana datang logiknya, sepatutnya orang muda kena pergi ke tingkat yang tinggi?
“Ini menyebabkan orang marah, bila pengundi marah, dia tak menyalahkan SPR, dia menyalahkan kerajaan yang memerintah ketika itu,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas perjumpaan dengan komuniti India di Kuil Devi Seri Karumariamman, Jambatan Connaught malam tadi.
Lokman Noor juga mengalu-alukan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang melonggarkan syarat kemasukan ahli ke dalam parti itu seawal 16 tahun dan ia sebenarnya diamalkan sebelum UMNO diharamkan pada tahun 1988.
“Langkah ini agak positif kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pun bercadang had umur layak mengundi bermula pada usia 18 tahun.
“Sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun sebelum mereka boleh mengundi, kita boleh memberikan garis panduan dan bimbingan supaya mereka tidak silap membuat keputusan seperti mana orang muda dalam PRU-14,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan