HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Julai 2018

BERSATU Kelantan sahkan bincang dengan ADUN Umno, tapi...

 
   

BERSATU Kelantan mengesahkan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan seorang ADUN Umno di negeri itu berhubung penyertaannya ke dalam parti itu.

"Ya memang ada perbincangan. Beliau akan keluar (umno), insyaAllah.

"Dia sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno khususnya selepas pemilihan parti itu.

Selain itu dia merasakan dalam keadaan sekarang agak sukar untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat," kata Timbalan Pengerusi BERSATU Negeri Datuk Sazmi Miah ketika dihubungi.

Laporan Malaysiakini semalam memetik sumber yang mengatakan ADUN berkenaan bakal berbuat demikian dalam satu program BERSATU di Machang, Kelantan pada Ahad ini.

Malaysiakini turut menghubungi ADUN berkenaan dan beliau menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan Umno Kelantan terutama di peringkat bahagian.

Beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa bantuan daripada pimpinan parti tidak sampai kepadanya, justeru menyukarkannya sepanjang menjadi wakil rakyat.

"Saya hanya bergerak dengan peruntukan yang disalurkan kepada DUN.

"Ketua Bahagian kawal secara menyeluruh. Dia dapat peruntukan besar tetapi tidak membantu kita sedangkan ini untuk penduduk DUN.

"Apabila dengar saya nak keluar (Umno), dia tidak membela tetapi hanya mengutuk," katanya lagi.

Bagaimanapun beliau membayangkan belum membuat keputusan muktamad dan malah mungkin akan terus bersama Umno.


Tiada ulasan: