Calon
Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam
menjawab pertanyaan pihak media selepas perjumpaan bersama pengundi
India sempena Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Kuil
Sri Maha Mariamman, Connought Bridge, Klang, Selangor. foto AFIQ
RAZALI,
KLANG – Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak melarang
tarian gelek oleh penari berpakaian seksi bagi mengutip dana untuk
Tabung Harapan disifatkan sebagai ‘menjual agama’.
Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis,
Datuk Lokman Noor Adam, keadaan itu tidak wajar dibuat untuk meraih
sumbangan orang ramai walaupun atas tujuan amal.
“Dalam Islam, ini suara wanita itu pun merupakan aurat, kalau pakai
baju ketat itu pun tak boleh, apatah lagi pakai pakaian tarian gelek
seperti mana berlaku dalam majlis mengumpulkan dana untuk Tabung PH.
“Perkara ini sangat bahaya, ini yang dipanggil menjual agama,”
katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas perjumpaan dengan
komuniti India di Kuil Devi Seri Karumariamman, Jambatan Connaught malam
tadi. Calon
Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam
beramah mesra bersama pengundi India sempena Kempen Pilihan Raya Kecil
(PRK) N.49 Sungai Kandis di Kuil Sri Maha Mariamman, Connought Bridge,
Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI,
Beliau mengulas kenyataan calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni
semalam yang menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa tarian gelek
yang tular di media sosial sejak Rabu lalu tidak haram jika niatnya
baik.
Jelas Mohd. Zawawi, individu yang menyebarkan poster itu sengaja
berbuat demikian semata-mata mahu meraih sokongan dan berharap
masyarakat akan mempercayainya.
Video tersebut yang dimuat naik oleh pelbagai pengendali laman
Facebook itu setakat ini ditonton lebih 70,000 kali dan mendapat lebih
2,800 tanda suka.
Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga mengingatkan
calon PKR itu agar tidak bersengkongkol dengan DAP khususnya perkara
yang melibatkan hal ehwal Islam.
“Rakyat boleh menilai seseorang itu, walaupun ada latar belakang
agama, tetapi dia duduk dalam kelompok yang berkiblatkan kepada DAP,”
katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan