KOTA BHARU: Pengundi
pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis dicadang membuat
pertimbangan sewajarnya dengan panduan yang digariskan dalam Islam.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato'
Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, hal itu perlu diambilkira apabila
berlaku dua pertembungan antara Umno dan PKR.
Beliau turut menafikan PAS mahu
bekerjasama dengan Umno pada PRK berkenaan, sebaliknya menegaskan dasar
Islam, Melayu dan Kedaulatan Raja perlu dipertahankan.
"Kita memang tidak mahu kerjasama dengan
mana-mana parti, tetapi dasar Islam, Melayu dan Kedaulatan Raja dalam
pertembungan ini, ia memberi kebaikan atau pun tidak.
"Bagi saya ia merupakan satu kajian yang
dibuat bagi melihat suasana landskap politik bagi masa hadapan, bagi
ahli PAS terserah kepada budibicara masing-masing," katanya selepas
kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati hari ini. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan