HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Julai 2018

Kerajaan PH tidak tahu ke berkenaan data ambilalih tol?


Kos nak mansuhkan Tol . Atleast RM30billion diperlukan untuk tujuan pengambilalihan . Itu kos paling sedikit kerajaan perlu bayar untuk ambil alih 5 konsesi . 5 konsesi tersebut adalah PLUS , Lebuhraya kulim butterworth , Link Kedua , Penang Bridge dan Expressway lingkaran tengah . Konsesi lain xmasuk lagi .

Semasa nak ambil alih PLUS expressway Berhad ( PEB ) , sukuk terbesar dalam dunia telah diterbitkan . Sukuk tersebut bernilai RM30billion , IMTN , Coupon rate 5% , temph matang 27 tahun . Tahun diterbitkan 2012 . Sekarang ni tahun 2018. Bond tersebut ada balance 21 tahun lagi. Kalau kerajaan nak tebus balik bond tersebut , kerajaan perlu membayar future interest sekali . So kita boleh cakap minimum yang perlu dibayar untuk tebus bond tersebut kerajaan perlu membayar RM45billion .
Itu baru untuk 5 konsesi , ada berpuluh lagi konsesi yang perlu diselesaikan . Total kos untuk mansuhkan semua tol menelan belanja ratusan billion . Kos lain yang perlu diambil kira , kos maintainance . Kos maintainance untuk PLUS highway sahaja memerlukan RM1billion untuk kos penyelenggaraan dan total untuk selenggara kesemua lebuh raya dalam Malaysia akan menelan belanja RM8-9billion .

Kerajaan PH tidak tahu ke berkenaan data ini semua ? Tidak . Data ni semua ada dekat public domain . Kos maintenance PLUS boleh rujuk jawapan dalam dewan rakyat , bond yang diterbitkan boleh tengok dekat laman web SC , kos penyelenggaran highway lain boleh tengok dekat laman web bursa malaysia . Pemegang konsesi kebanyakkan public listed company . Litrak , ecovest , SILK ni semua boleh tengok dekat laman web bursamalaysia .

Itu namanya menanam tebu dipinggir bibir . Pandai berjanji tapi liat nak tepati janji .

P/S - Tiada reference diletakkan tapi saya ada bgtau macam mana nak buat rujukan . So boleh cuba la buat rujukan sendiri .

Tiada ulasan: