HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Julai 2018

TARIAN GELEK MENGHAIRAHKAN : ZAWAWI NAFI TERBABIT




Calon PKR di Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menafikan dakwaan beliau terbabit dalam program kutipan derma Tabung Harapan Malaysia (THM) yang menampilkan persembahan tarian gelek yang menghairahkan.

Mohd Zawawi berkata, dirinya atau kerajaan tidak terbabit dengan program itu, sebaliknya ia adalah ia dianjurkan oleh pihak ketiga.

“Jadi jangan buat dakwaan yang mengaitkan saya. Sebagai orang Islam kita kena selidik maklumat yang diterima bukan dengan terus menuduh tanpa usul periksa.

“Bagaimanapun saya secara peribadi berpendapat penganjur sepatutnya belajar untuk lebih sensitif dengan masyarakat Islam serta tidak mengulangi perkara sedemikian,” katanya pada sidang media di Command Center DUN Sungai Kandis pada Jumaat.

Sebelum ini, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam persoal apakah pendirian Mohd Zawawi berhubung isu tarian gelek sewaktu kutipan THM.

Lokman berkata, jika calon Pakatan Harapan (PH) itu tidak mampu menyanggah keputusan dibuat pimpinan tertinggi, adalah lebih baik jika pengundi DUN Sungai Kandis memberikan undi kepada BN.

Pada Rabu lalu, majlis makan malam bagi mengutip derma THM telah dicemari insiden yang memalukan.

Dalam rakaman video berdurasi 15 saat itu, memaparkan beberapa penari gelek sewaktu majlis kutipan derma THM.


Tiada ulasan: