Ketua
Sekretariat Gerakan Pembela UMMAH, Aminuddin Yahya bercakap pada sidang
media mengenai pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di Ibu
Pejabat Muafakat, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta
supaya campurtangan berhubung langkah kementerian pendidikan yang mahu
mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Perkara itu ditegaskan Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah,
Aminuddin Yahya yang mahu Perdana Menteri mengotakan kenyataannya satu
ketika dulu menolak pelaksanaan UEC oleh kerajaan.
“Tun M pernah dulu satu ketika masa pemerintahan yang lepas menolak
UEC ini. Jadi kita cadang supaya Tun M sendiri mengotakan balik
kenyataan beliau dan niat untuk mengambil balik Kementerian Pendidikan
itu difikirkan semula.
“Nampaknya menteri pendidikan yang baru ini tak berapa stabil sikit.
Mungkin kerana baharu, mungkin dia cerdik tapi sebab baharu,” katanya
pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO yang
membantah mengenai cadangan pelaksanaan UEC. Syed Hassan Syed Ali
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa), Syed Hassan Syed Ali kecewa melihat anggota Kabinet berbangsa
Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya melayani kehendak kaum
tertentu dan hanya mendiamkan diri.
Beliau mendakwa, berdasarkan pemerhatiannya, apa sahaja permintaan
yang dihajati oleh kaum selain Melayu dituruti tanpa pertimbangan.
“Mana pimpinan tertinggi dalam majlis masing-masing (parti).
Tunjuklah hero sikit dalam memperjuangkan Melayu. Berjuang untuk Islam.
Semuanya senyap.
“Saya baru dengar di Melaka ada pimpinan Amanah (PAN) yang letak
jawatan kerana tidak puas hati. Yang macam tulah kita nak,” katanya pada
sidang media sama.
Menurut Syed Hassan, pimpinan Melayu dalam PH tidak wajar untuk
bersetuju dalam apa jua bentuk keputusan yang dibuat oleh gabungan dalam
kerajaan sekiranya ada perkara-perkara yang membelakangkan bangsa dan
agama. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan