HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Julai 2018

MARA mungkin kembali bawah Kementerian Pembangunan Usahawan

Nik Muhammad Ihsan Nik Salleh

 
Terdapat kemungkinan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, kata Timbalan Menterinya, Dr. Hatta Ramli Tambah beliau, perkara tersebut telah dibincangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Md. Yusoff dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Terdapat satu komponen di dalam Mara yang melibatkan keusahawanan tetapi saya tidak berani komen. Biar Perdana Menteri yang buat pengumuman.

“Mara adalah sebuah institusi yang besar dan memainkan peranan yang sangat penting di dalam pelbagai bidang bukan sahaja keusahawanan.

“Memang ia lebih sesuai di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan supaya kami boleh mengkordinasi dan memperkukuhkannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog dengan Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia di sini hari ini.




Tiada ulasan: