HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Julai 2018

Saya ustaz, penyokong PAS akan pilih saya, kata calon PKR


KOTA RAJA: Calon PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata penyokong PAS di kawasan itu akan memilihnya pada 4 Ogos depan kerana beliau seorang ustaz.

Katanya latar belakang sebagai seorang ustaz akan menyebabkan penyokong parti Islam itu memilihnya berbanding calon BN.

“Apabila PAS bertanding pengundi susah untuk berikan undi kepada saya. Tetapi bila BN bertanding, penyokong PAS ada pilihan, mestilah dia pilih ustaz,” katanya dalam satu temubual bersama FMT semalam.

Semasa PRU-14 pengundi Islam PKR sanggup undi bukan Islam DAP walaupun calon  PAS bukan sahaja ustaz ada sesetengah ulama. Masa tu Zawawi lupa tentang agama dan bangsa.
 
Bila tersempit baru sedar dirinya Ustaz dan PAS kena sokong.

Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Pakatan Harapan (PH) akan terkesan jika penyokong Umno dan PAS bekerjasama, dan keputusan pada 4 Ogos ini boleh menjadi petunjuk kepada trend politik orang Melayu pada masa akan datang.

Zawawi berkata “Orang Melayu dan orang Islam sudah mempunyai kematangan dan tahu siapa yang mereka harus pilih".

Habis semasa PRU-14 dulu engkau tak matang sanggup gadai Islam pilih DAP?



Tiada ulasan: