HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Julai 2018

Rais Yatim: Bidaah kata saya sesal sokong Dr M

MALAYSIAKINI



Bekas menteri Tan Sri Rais Yatim berkata poster yang tersebar di sosial media yang mengatakan beliau sesal menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah suatu percubaan membidaah dirinya dengan berita palsu.

Hal ini susulan Rais yang kini anggota BERSATU menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah yang bertujuan "mempertahankan Melayu Islam" yang dihadiri rata-ratanya oleh pemimpin PAS dan Umno.

"Mereka sudah hilang modal. Lalu membidaah dengan berita palsu. Tun Mahathir tetap obor. Tak timbul isu sesalan menyokongnya," kata Rais Yatim pada suatu hantaran Twitter hari ini.

Rais mengulas gambar beliau pada himpunan semalam dengan petikan "Rais menyesal menyokong Mahathir."

Menurut Rais himpunan itu bertujuan menyuarakan isu yang menekan orang Melayu dan Islam dan cuba menyemai kesedaran supaya bangs adan budaya tidak terhakis.

Kata beliau, antara contohnya adalah janji kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) yang digunakan sekolah persendirian Cina yang didakwa Rais sebagai mencabar sistem pendidikan nasional.

Barangsiapa yg buat fitnah dn bidaah dgn Ungkapan HURUF BESAR DI BAWAH kapsyen ini betul2 gudang adu dumbar. Mereka sudah hilang modal. Lalu membidaah dgn berita palsu. TunM tetap obor. Tak timbul isu sesalan menyokongnya.
Barangsiapa yg buat fitnah dn bidaah dgn Ungkapan HURUF BESAR DI BAWAH kapsyen ini betul2 gudang adu dumbar. Mereka sudah hilang modal. Lalu membidaah dgn berita palsu. TunM tetap obor. Tak timbul isu sesalan menyokongnya.

Tiada ulasan: