HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 September 2018

Nik Nazmi bela peminjam PTPTN

KEADILAN DAILY

NIK NAZMI NIK AHMAD_COURT OF APPEAL


Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad percaya ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebenarnya berdepan kesukaran membayar semula pinjaman itu dan bukannya liat membayar walaupun mampu berbuat demikian.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata demikian sewaktu mengelas kritikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan kadar pembayaran semula PTPTN yang rendah, semalam.

“Saya menghormati Dr Mahathir dan memahami beban ekonomi negara.

“Kita harus akui ada golongan miskin bandar dan miskin tegar, selalunya kelompok ini sukar untuk membayar kerana menanggung banyak beban seperti mula menyara keluarga selepas tamat belajar.

“Dalam budaya kita, jika seorang itu belajar di universiti, harapan besar keluarga untuk mereka membantu keluarga yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, adalah tidak adil untuk menggelarkan semua peminjam yang tidak membayar pinjaman PTPTN sebagai tidak malu dan tidak amanah, kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mengakui memang ada peminjam yang culas membayar seperti yang dinyatakan Mahathir, Nik Nazmi berkata lebih ramai yang gagal berbuat demikian kerana belum mendapat pekerjaan atau bergaji rendah.

Menurut laporan, hutang PTPTN yang tidak berbayar berjumlah kira-kira RM36 bilion.

Dalam manifesto PRU lalu, Pakatan Harapan berjanji untuk menangguhkan pembayaran semula PTPTN kepada semua graduan yang bergaji kurang RM4,000, selain membuang nama mereka yang tidak membayar dalam senarai hitam imigresen.

“Biasiswa juga semakin berkurangan. Maka semakin ramai lepasan sekolah yang tiada pilihan selain ke IPTS.

“Maka dalam Buku Harapan kita fokus untuk mencipta kerja dengan gaji lebih tinggi, meningkatkan gaji minima dalam tempoh lima tahun dan penangguhan bayaran PTPTN sehigga gaji RM4,000. Model sama digunakan di luar negara seperti Australia dan Britain.

“Kita baru memerintah beberapa bulan dengan misi untuk memperbaiki ekonomi. Sehingga kita menyediakan lebih banyak pekerjaan, gaji permulaan yang baik dan memahami masalah sebenar peminjam, tidak wajar kita label mereka sebagai tidak amanah,” katanya lagi.

Tiada ulasan: