Menurut sumber SPRM, pegawai terbabit membantu penduduk tempatan dan warga asing termasuk penjenayah yang dikehendaki keluar masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lapangan terbang antarabangsa lain di negara ini.
“Kira-kira 200 individu telah ‘diseludup’ ke negara ini setiap bulan oleh sindiket-sindiket ini.
“Kehadiran sindiket dan saluran haram itu satu ancaman serius terhadap keselamatan negara kerana pengganas boleh mendapatkan perkhidmatan sedemikian dari sindiket-sindiket ini,” menurut sumber.
Menurut sumber lagi, pegawai imigresen terbabit akan bertugas di kaunter di lapangan terbang untuk membolehkan individu yang disenarai hitam itu melepasi tapisan keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan