HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 September 2018

ISA SAMAD CABAR ANWAR DI PD



Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad membuat kejutan apabila menyatakan hasrat untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan satu sidang media khas akan diadakan.

Bekas Pengerusi FELDA berkata, keputusan itu dibuat susulan kerusi berkenaan dikosongkan selain tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon.

Isa berkata sebagai anak tempatan, beliau berasa terpanggil untuk menawarkan diri berkhidmat kepada rakyat Port Dickson.

“Saya pun orang Port Dickson jadi saya bertandinglah di tempat saya.

“Tunggu penjelasan lanjut mengenainya dalam sidang media khas nanti,” katanya pada Rabu.

PRK Port Dickson diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi terbabit bagi memberi laluan untuk Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

Sementara itu Isa ketika ditanya tentang kedudukannya dalam UMNO berhubung keputusan diambilnya itu, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.



Tiada ulasan: