HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 September 2018

Surat jemputan bahasa Melayu, lampiran dua bahasa lain

SINAR HARIAN

Surat jemputan bahasa Melayu, lampiran dua bahasa lain

 
JOHOR BAHRU - Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Johor, Tan Hong Pin menjelaskan surat jemputan rasmi oleh seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dibuat dalam bahasa Melayu dan dilampirkan dalam dua bahasa lain.

“Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis berkenaan ialah dalam bahasa Melayu dan dilampirkan dengan bahasa dwibahasa (bahasa Cina dan bahasa Inggeris) tanpa meletak nombor rujukan.

“Tujuan surat itu adalah untuk memaklumkan mungkin dalam kalangan penduduk yang tidak fasih bahasa Melayu untuk menyertai Perbincangan Pengadang Jalan antara Jalan Jaya Mas 1/2 dan Jalan Silat Cetak 2,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Menurutnya, beliau mengakui berdasarkan Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu, justeru, sebarang surat rasmi mesti dalam bahasa Melayu.

Tan berkata, beliau mendukung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu sentiasa dihormati dan selepas berbincang dengan ahli majlis itu, mendapati beliau tidak mempunyai niat untuk mencabar kedudukan bahasa kebangsaan. - Bernama

[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Johor murka bahasa Cina dalam surat rasmi]

Tiada ulasan: