KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hisbah Malaysia
(Hisbah) menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menumpukan usaha
bagaimana hendak menyelesaikan masalah negara, bukan berbicara soal
jawatan hari esok.
Pengerusinya, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor berkata, rakyat mengundi perubahan kerajaan dengan harapan besar agar masalah besar negara yang menghimpit rakyat di bawah kerajaan sebelum ini diselesaikan.
“Itu hakikatnya dan itulah mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang lalu.
“Setelah 100 hari memerintah, kerajaan baharu mendapati masalah besar yang membelenggu negara lebih besar dari yang diketahui umum.
“Ianya bukan sahaja mengejutkan, tetapi lebih penting mewujudkan kebimbangan rakyat dan komuniti antarabangsa yang mempunyai kepentingan dalam negara ini khususnya kepentingan ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohamed Ezam, sebagai bekas Pengarah di Kementerian Kewangan dan meletakkan jawatan serta merta setelah mendapat cukup maklumat penyelewangan 1MDB dan SRC, beliau tidak dapat membayangkan sebesar itu masalah negara kerana maklumat sebenar hanya dimonopoli dan dimanipulasi oleh beberapa pihak tertentu sahaja.
Makanya kata beliau, fokus kerajaan hari ini mestilah ke arah merungkai masalah yang bukan kepalang ini.
“Ianya memerlukan sikap yang betul kesemua pimpinan kerajaan dan parti yang memerintah.
“Justeru, hentikanlah bicara soal (jawatan) Perdana Menteri selepas ini. Dalam negara yang menghadapi masalah amat besar fokus semestinyalah kepada Perdana Menteri sekarang dan seluruh jentera kerajaannya.
“Tak perlulah meleret bicara soal kabinet akan datang, dasar akan datang dan sebagainya.
“Janganlah heret rakyat kepada soal mendatang kerana persoalan hari ini sudah cukup besar untuk dihadapi rakyat,” katanya.
Mohamed Ezam yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu pemimpin PH memberi ruang sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet hari ini menyelesaikan masalah rakyat serta negara.
“Masa tidak menunggu kita dalam menyelesaikan masalah. Apatah lagi dalam menghadapi masalah besar negara hari ini.
“Janganlah dibazirkan waktu dan masa ini dengan soal mendatang yang masih panjang.
“Masalah negara ini mesti diselesaikan sekarang dan biarlah Perdana Menteri sekarang bersama barisan kabinetnya selesaikan dengan kesungguhan dan mereka memerlukan kesungguhan luar biasa untuk selesaikan masalah besar ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan