HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 September 2018

Pemimpin Pas sepatutnya masuk Umno, kata Raja Bahrin



Pemimpin Pas sepatutnya masuk Umno, kata Raja Bahrin
Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, beliau mencadangkan agar pemimpin Pas untuk masuk Umno.

“Saya rasa pelik kenapa orang Pas nak berbaik bersama Umno tetapi tidak mahu masuk Umno.

“Ianya mengelirukan penyokong di bawah kerana apabila ditanya mereka nafikan tiada kerjasama dan hanya seperfahaman sahaja,” katanya pada sidang media semasa pelancaran porgram tersebut di Sunway Hotel hari ini.

Datuk Raja Kamarul yang juga Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu itu,berkata, ianya satu teka teki yang menyusahkan pengikut kepada kedua-dua parti tersebut.

“Jadi kalau Pas nak tolong Umno, sekarang ni ramai orang Umno keluar, jadi masuklah ke dalam Pas, beri beberapa pemimpinnya untuk bantu Umno. Saya rasa itu cara yang terbaik untuk membuktikan mereka ini betul-betul mahu bekerjasama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media selepas merasmikan persidangan  lima hari , International Tropical Arboriculture Conference Kuala Lumpur 2018 (INTAC KL 2018) yang bermula pada 25 sehingga 27 September ini.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa parti AMANAH sedia membuka pintu untuk pemimpin-pemimpin Umno yang keluar parti berkenaan.

“Kita terbuka, jika ada pemimpin-pemimpin Umno kalau betul-betul sedar bahawasanya Umno tidak boleh lagi meneruskan perjuangan untuk negara, saya rasa tiada masalah,” katanya.

Jelasnya, AMANAH tidak akan menutup pintu sepenuhnya tetapi lihat pada situasi, kalau nak nampak keikhlasan dan kesungguhan, insyaAllah tiada masalah,katanya.

Tiada ulasan: