HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 September 2018

Jika Kedai Arak Tidak Ikut Undang - Undang , Tutuplah !

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi



Pusat tahfiz yang belum berdaftar, eloklah daftar segera dengan pihak berkuasa.

Patuhilah semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa keselamatan, perbandaran dan pendidikan.

Jika tak mampu patuhi semua syarat, maksudnya pusat tahfiz berkenaan tidak layak untuk terus beroperasi sebagai pusat pengajian.

Ibu bapa yang mahu anak-anak mereka hafaz al-Quran boleh hantar ke pusat tahfiz kerajaan atau pusat tahfiz swasta yang sudah berdaftar.

Isunya bukan anti pusat tahfiz, tapi isunya ialah pusat tahfiz perlu berdaftar untuk memudahkan pemantauan dan kawalan.

Jika tak mampu penuhi syarat dan tak berdaftar, eloklah ditutup supaya pelajar tidak tercicir masa depannya.

Walaupun namanya pusat tahfiz, berlabel agama, tak bermakna ia boleh beroperasi sesuka hati.
Masjid, surau, sekolah agama yang lain semuanya perlu berdaftar, kenapa pusat tahfiz mengelak untuk berdaftar?

Ada orang kaitkan dengan kedai arak, kenapa tak tutup kedai arak? Kalau kedai arak beroperasi secara haram, memang akan ditutup.

Di Kelantan juga ada kedai arak, tapi tak ditutup sebab beroperasi secara sah menurut peraturan undang-undang.

Minum arak memang haram, tapi operasi kedai jual arak yang haram minum itu sah dari sudut undang-undang.

Babi juga haram dimakan tapi pasar jual babi yang haram dimakan itu beroperasi secara sah.
Pusat jual arak dan jual babi yang sah beroperasi mengikut undang-undang tak perlu ditutup, tetapi berada dalam pemantauan supaya patuhi peraturan.

Usahlah jual agama untuk mengelak daripada tertakluk dengan undang-undang kerana patuh kepada undang-undang juga sebahagian daripada tuntutan beragama.
 
 

Tiada ulasan: