HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 September 2018

PEMINJAM PTPTN TIDAK BERAKHLAK- MASZLEE



Sesiapa sahaja yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi mesti membayar hutang termasuk dalam soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sebagai rakyat Malaysia sama ada beragama Islam atau agama apa sekalipun tanggungjawab membayar hutang perlu ada di dalam diri.

“Tidak kira apa pinjaman sekalipun, hutang PTPTN, bank, adik-beradik, sikap kita sebagai orang yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi apabila berhutang, perlu bayar.

“Ini tanggungjawab moral yang mencerminkan akhlak kita. Walaupun dengan nilai 10 sen sekalipun jika berhutang perlu bayar,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini, Sabtu malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menegur sikap peminjam yang tidak mahu membayar hutang PTPTN.

Dr. Mahathir juga melahirkan rasa malu dengan sikap tidak amanah peminjam yang enggan membayar hutang walaupun telah mempunyai pekerjaan.

Sehingga kini, jumlah hutang tertunggak PTPTN seperti yang dimaklumkan Dr. Mahathir ketika menyampaikan syarahan perdana di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur baru-baru ini, menjangkau RM36 bilion.


Tiada ulasan: