HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 September 2018

Tiada saingan dari Umno di PRK PD

KEADILAN DAILY

Ravi Munusamy


ADUN Sri Tanjung yang terletak dalam Parlimen Port Dickson, M Ravi meramalkan Umno tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Beliau yakin sekutu Umno iaitu PAS akan menentang Pakatan Harapan di situ kerana perbalahan kem berbeza dalam Umno.

“Selaku anak tempatan, saya boleh mengesyorkan bahawa Umno bahagian Port Dickson merupakan bahagian paling bermasalah. Malah, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dilahirkan di PD, merupakan bukti kelemahan Umno di PD.

“Di Port Dickson, Umno berpecah dengan dua kem iaitu kem Mohd Hassan dan Isa Samad. Salah satu daripadanya sentiasa boikot yang lain sekiranya ada sebarang pemilihan melibatkan Umno,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Datuk Seri Mohd Hassan dan Tan Sri Isa Samad masing-masing adalah mantan menteri besar Negeri Sembilan dan dilihat tidak sebulu di dalam Umno.

“Ramalan saya Umno akan tarik diri. Dan PAS akan mengambil alih tempatnya,” kata Ravi.

Selain Sri Tanjung, terdapat empat kerusi DUN di bawah parlimen Port Dickson iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang dan Linggi.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) Pakatan Harapan mempertahankan kerusi DUN Sri Tanjung, Chuah dan Lukut. 

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, melepaskan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan kembali sebagai seorang anggota parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menewaskan calon Barisan Nasional Datuk VS Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,710 undi.

Tiada ulasan: