HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 September 2018

KERAJAAN PH MUNAFIK- NAJIB



Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai munafik kerana gagal menepati janji yang ditawarkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bekas perdana menteri itu berkata, sikap ditunjukkan mereka juga seolah-olah tidak berkeinginan untuk melaksanakan manifesto yang mereka tawarkan kepada rakyat.

“Kalau dipandang dari sudut agama, tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.

“Maknanya, mereka menawarkan pelbagai janji manis ketika (berkempen) PRU-14 dan akhirnya kita boleh lihat rata-rata rakyat meluahkan rasa kekecewaan kerana semuanya hanya tinggal janji sahaja,” katanya di Pekan, Sabtu.




Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Sekampung dan Gotong-royong Memasak Bubur Asyura di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Panjang, dekat sini, Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Zamri Ramly; Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khairuddin Mahmud; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga yang terbabit dalam kejadian ribut pada 7 September lalu.

Beliau turut memaklumkan akan mencari dana bagi menyiapkan projek pembinaan Masjid Pasir Panjang yang sudah diluluskan sebelum PRU-14 lalu.


Tiada ulasan: