HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 September 2018

Kit Siang bantu Anwar berkempen


Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang menjelaskan beliau akan berkempen di Port Dickson bagi memastikan kerusi Parlimen itu kekal milik PH.

Dalam ucapannya di Multicultural Hub, Melbourne, Australia, beliau berkata, pilihan raya itu merupakan batu asas untuk membentuk Malaysia Baharu di mana calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengambil tempat secara sah di Parlimen.

“Empat parti dalam PH iaitu DAP, PKR, Bersatu dan Amanah sudah bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

“Saya mungkin terlepas penamaan calon Sabtu depan kerana masih di New Zealand tetapi saya akan kembali ke Malaysia dan berkempen untuk Anwar bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PH,” katanya dalam ucapan bertajuk Membangunkan Malaysia Baharu, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Port Dickson 13 Oktober]
[ARTIKEL BERKAITAN: Port Dickson untuk Anwar]

Dalam ucapannya itu, Kit Siang turut menjelaskan pembentukan Malaysia Baharu bukan tertaluk kepada pentadbiran 100 hari PH selepas memenangi PRU14 pada 9 Mei lalu.

Ini kerana katanya, kerajaan memerlukan tempoh yang lama kerana berdepan pelbagai kesulitan untuk memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini.

“Malaysia Baharu berdepan kesulitan untuk dibentuk semula. Ia tidak boleh dicapai dalam tempoh 100 hari atau lima bulan tetapi dalam tempoh satu dekad atau dua dekad.

“Ini bukan apa yang Dr Mahathir mahukan. Bukan apa yang Anwar mahukan. Bukan Kit Siang mahukan atau bukan Lim Guan Eng mahukan. Pembentukan Malaysia Baharu ini adalah apa yang dimahukan oleh 30 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan: