Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad memaklumkan pendekatan ‘wahyu’ atau arahan dari pihak atasan menjadi amalan dalam penjualan 97 transaksi lot tanah di ibukota sebelum ini.
Melalui pendekatan itu, pihak atasan akan memberikan arahan kepada DBKL dalam urusniaga tanah yang berdasarkan runding terus atau bukan secara tender terbuka itu.
“Saya diberitahu oleh DBKL, kebanyakan transaksi berlaku melalui ‘wahyu’ dari pihak atasan,” kata Khalid dalam program ‘morning grill’ di radio BFM yang dapat didengari di Lembah Klang itu.
Selepas ini, kata Khalid, jika berlaku penjualan tanah milik kerajaan di ibu kota, ia akan dibuat secara tender terbuka.
BEKAS MENTERI
Ketika ditanya oleh host rancangan ini, Melisa Melina Idris apakah ia melibatkan menteri wilayah sebelum ini, Khalid berkata sebahagiannya.
“Sebagiannya. Namun sebarang hal salah laku, itu kami serah kepada SPRM,” kata Khalid yang juga memaklumkan SPRM akan terus menyiasat kesemua 97 traksaksi itu walaupun sebahagian darinya telah dibenarkan berjalan semula.
Ketika ditanya, apakah beliau bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Khalid berkata tidak kerana ahli parlimen Putrajaya itu juga tidak kelihatan di Parlimen dan hanya beberapa kali saja datang.
Bebarapa ahli parlimen DAP telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penjualan 64 tanah oleh DBKl.
Antaranya adalah kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dipengerusikan oleh Tengku Adnan sendiri manakala ahli lembaganya adalah ketua-ketua bahagian Umno di Kuala Lumpur.
Khalid berkata, fungsi YWP adalah menjaga kebajikan penduduk Wilayah Persekutuan.
Untuk melaksanakan amanah itu, YWP mendapat tanah dan menjalankan perniagaan untuk membolehkan mereka menjalankan tugas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan