HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 September 2018

Pemimpin berang Anwar dakwa MIC parti 'baling kerusi'

 


MIC hari ini mendesak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera membuat permohonan maaf berhubung kenyataan yang mendakwa MIC sebagai parti 'baling kerusi'.

Menurut Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan, kenyataan Anwar itu bersifat fitnah bukan sahaja terhadap MIC tetapi juga kaum India.

"Nampaknya, Anwar hilang modal sehingga mengheret nama MIC dan melontar fitnah terhadap kaum India untuk mengadili kelemahan parti sendiri.

"Kenyataan, Anwar seolah-olah kaum India adalah golongan 'baling kerusi'.

“Tetapi, satu Malaysia tahu bahawa PKR terkenal dengan aktiviti-aktiviti 'gangster' seperti baling kerusi, merampas kertas undi dan sebagainya," ," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Anwar berjanji akan memecat anggota PKR yang terlibat dalam insiden membaling kerusi di Pulau Pinang dan pergaduhan di Kedah.

“Dulu MIC terkenal dengan baling kerusi sekarang sudah tiada dia masuk PKR baling kerusi.

“Saya punya jawapan, orang yang baling kerusi kita akan baling dia keluar daripada PKR, kena ikut peraturan," kata ketua umumm PKR itu.

Mengulas lanjut, Mohan berkata, sejak tahun 2010, setiap kali pemilihan PKR diadakan, pastinya berlaku kekecohan.




Sebagai contoh, katanya, pada pemilihan di cabang Kota Raja pada 2010, berlaku insiden seorang ketua cabang yang kini adalah menteri persekutuan cuba menyerang calon lain.

"Manakala, pada pemilihan 2014 dicemari dakwaan penipuan dan, paling diingati, insiden baling kerusi yang mendapat liputan meluas media ketika itu.

“Kini insiden baling kerusi berulang lagi. Jadi, siapa yang pakar baling kerusi? Biar rakyat menentukan," katanya yang juga adalah anggota Dewan Negara.

Sabtu lalu, seorang anggota PKR dilaporkan cedera akibat dibaling kerusi, dalam kekecohan yang berlaku sewaktu sidang media Jawatankuasa Pemilihan PKR di Seberang Jaya.

Pergaduhan itu tercetus apabila ahli PKR yang hadir pada sidang media itu menjerit dan membantah keputusan pemilihan di Pulau Pinang dan mengesa keputusan dibatalkan selepas berlaku masalah dalam proses pemilihan di beberapa pusat di negeri berkenaan.

Tiada ulasan: