HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 September 2018

BN boikot PRK Port Dickson – Zahid

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memboikot serta tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen BN iaitu MCA dan MIC.

Katanya tindakan memboikot itu dilakukan kerana BN menganggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongkan semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sesuatu PRK itu diadakan untuk terjemahkan erti demokrasi bagi memenuhi kerusi setelah kematian berlaku, maka tentu kita mahu lihat bahawa penyertaan dalam menterjemah proses demokrasi itu harus berjalan.

“Tetapi jika kerusi itu dikosongkan bukan atas sebab kematian, maka pertimbangan harus dilakukan BN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata peruntukan bagi PRK berkenaan seharusnya disalurkan kepada rakyat memandangkan kerajaan dikatakan dihimpit masalah kewangan.—Bernama

Tiada ulasan: