HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 September 2018

Kerajaan sasar persekitaran lebih kondusif bagi wanita bekerja

THE MALAYSIAN TIMES
 

PERAI: Kerajaan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menambah baik dasar dalam menyediakan persekitaran lebih kondusif bagi wanita, terutamanya yang mempunyai anak kecil, untuk menceburi industri pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau mengambil maklum bahawa terdapat pelbagai halangan yang dihadapi wanita dengan anak kecil untuk menumpukan perhatian kepada kerja mereka.

“Kita nak lihat bagaimana nak perbaiki masalah keadaan itu, saya tahu memang mempunyai masalah menghadapi polisi untuk memperbaiki keadaan bagi wanita yang ada anak kecil.

“Kita mesti buat usaha bersama, antara tiga sektor iaitu swasta, kerajaan dan bukan kerajaan…
wujudkan persekitaran yang kondusif yang boleh memperkasakan wanita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Wanita dalam Ekonomi di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah meletakkan keutamaan untuk memastikan semua agensi mempunyai pusat jagaan harian (TASKA) di premis masing-masing bagi membolehkan wanita menumpukan perhatian kepada kerja mereka.–Bernama

Tiada ulasan: