HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 September 2018

Saya kini diserang hebat, kata Anwar


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
 
 
KUALA LUMPUR- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak gentar dengan serangan minoriti ‘super liberal’  terhadapnya.

Katanya, serangan mereka tidak membuatkan dirinya takut untuk mempertahankan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

"Suasana politik Malaysia berubah, media lebih bebas...orang boleh menyuarakan dan mencabar berapa prinsip yang telah kita anggap utuh dan utama sebelum ini.

"Saya tidak fikir kita harus minta maaf serta lemah, kita harus faham kita masih terikat dengan prinsip perlembagaan dan kita juga wakili suara majoriti , saya sebut perkara ini kerana minggu-minggu terakhir ini saya diserang hebat daripada kalangan super liberal," katanya

Beliau berkata demikian dalam majlis Wacana dan Pelancaran buku tulisan  Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau juga tidak menganggap serangan berkenaan sesuatu masalah besar kepadanya.

"Saya tahu bahawa negara ini tertegak atas beberapa prinsip utama yang disepakati dalam perlembagaan ini termasuk soal bahasa, soal hak istimewa (orang Melayu) Islam agama persekutuan dan kedudukan raja-raja Melayu, kita sekarang perlukan sikap tegas agar tidak tergelincir daripada landasan kita," katanya.

Meskipun tidak menyebut secara spesifik golongan super liberal yang dirujuk Anwar adalah golongan yang mencabar kedudukan perlembagaan antaranya kedudukan bahasa Melayu, agama Islam, kedudukan raja-raja Melayu dan mereka yang mempromosi gaya hidup LGBT.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar terus kritik golongan minoriti ‘super liberal’]

Tiada ulasan: