Amnesty International Malaysia menganggap penolakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap LGBT pada hari yang sama beliau mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC), sebagai satu langkah ke belakang.
Dalam satu kenyataan, Amnesty memuji langkah kerajaan baru Pakatan Harapan berhubung IPCMC, yang menurutnya sudah "lama tertangguh."
"Langkah untuk menubuhkan sebuah badan bebas seperti IPCMC telah lama berlanjutan.Suruhanjaya itu mesti diberi kuasa menyiasat dan jika perlu, membenarkannya mlakukan pendakwaan terhadap anggota penguat kuasa.
"Terdapat terlalu banyak kes penderaan dan kematian dalam tahanan di mana para pelaku tidak dibawa ke pengadilan, meninggalkan ahli keluarga dalam trauma kehilangan orang yang tersayang.
"Bagaimanapun, Amnesty kecewa dengan penolakan Perdana Menteri terhadap orang LGBTI pada hari yang sama," kata pengarah eksekutif interimnya, Gwen Lee.
Lee berkata, daripada menimbulkan stigma dan dera, kerajaan seharusnya berusaha untuk menamatkan diskriminasi terhadap komuniti itu dan memastikan hak yang sama bagi semua warganegara.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan diperkasakan dengan dijadikan sebagai IPCMC.
Ia diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai antirasuah (JKKMR) di Putrajaya semalam.
Bagaimanapun, dalam sidang akhbar yang sama, Mahathir berkata walaupun Jawatankuasa khas Kabinet bersetuju dengan keperluan untuk memperkasakan Suhakam dengan meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999, , tetapi kerajaan tidak boleh menerima budaya LGBT di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan