HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 September 2018

Saya masuk AMANAH kerana Allah, kata Murali Abdullah



Saya masuk AMANAH kerana Allah, kata Murali Abdullah

Pengarah tersohor tanahair Muhammad Murali Abdullah,50, tidak lagi berselindung untuk memberitahu bahawa dirinya kini menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH).

Dalam status dimuat naik di laman facebooknya beliau memaparkan resit pembayaran menyertai parti itu semalam.

Beliau berkata: “Hari ini resminya saya ahli AMANAH…jadi kepada cybertrooper dan pembangkang tegar saya, bolehlah anda semua hentam saya sekarang,” ujarnya.

Sambung beliau lagi,”Kepada yang sayangi saya… bersyukurlah dan berilah segala pujian anda kepada Allah.. Saya masuk parti AMANAH kerana Allah,” luahnya.



Murali  antara pengarah yang banyak mengangkat tema keislaman dalam karyanya terutama dalam terbitan drama tempatan.

Beliau pernah dianugerahkan trofi Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin (ASK) 2010 dan majlis ASK 2008 melalui drama Suara Saleha.

Melihat kepada komentar netizen kebanyakannya menyokong keputusan dibuat Murali yang memeluk Islam pada 1997 itu untuk menyertai AMANAH yang baru tiga tahun ditubuhkan.

Tiada ulasan: