Datin
Seri Rosmah Mansor iaitu isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak hadir bagi memberi keterangan berkenaan penggubahan wang haram di
Sururanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK,
PUTRAJAYA – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 9.52 pagi.
Beliau yang berbaju kurung dan bertudung hijau tiba dengan menaiki
kereta Proton Perdana berwarna hitam bernombor pendaftaran WLD11 tanpa
ditemani ahli keluarganya.
Rosmah diiringi peguamnya kanan, K Kumaraendran dilihat tenang memasuki bilik memberikan keterangan.
Ini kali kedua Rosmah dipanggil SPRM bagi mendapatkan keterangan, namun kali ini berkaitan kes penggubahan wang haram. Datin
Seri Rosmah Mansor iaitu isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak hadir bagi memberi keterangan berkenaa penggubahan wang haram di
Sururanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
Rosmah sebelum ini pada 5 Jun lalu memberikan keterangan berhubung siasatan kes terhadap SRC International Sdn Bhd.
Tindakan memanggil Rosmah dipercayai bagi membolehkan siasatan
selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya
membabitkan kes pengubahan wang haram.
Di perkarangan SPRM, berlaku sedikit kekecohan apabila wartawan dan
jurugambar hanya dibenarkan memasuki pekarangan beberapa minit sebelum
kehadiran Rosmah di sini. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan