Anak vokalis kumpulan Iklim, Syafiq Farhain mendedahkan konflik dia dengan Saleem sudah lama berakhir.
Namun penyanyi akur sekiranya terdapat segelintir pihak yang tidak mengetahui kisah sebenar dan berani membuat andaian sebaliknya.
“Pada saya, yang lepas itu biarlah lepas. Ramai pihak tak tahu perkara sebenarnya. Ada juga yang tak tahu, tapi buat-buat tahu.
“Jadi, terpulanglah pada sesiapa untuk buat andaian. Tapi apa yang sebenarnya terjadi itu memang antara kami sahaja yang tahu.
“Alhamdulillah, hubungan kami sekarang tiada masalah dan tiada apa-apa saya nak komen,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Syafiq mengeluarkan kenyataan itu ketika menziarahi Saleem yang terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur, malam tadi.
Penyanyi Suci dalam Debu itu terbabit kemalangan jalan raya pada 20 September lalu, mengakibatkan 12 tulang rusuknya patah dengan satu mencederakan paru-parunya.
https://www.malaysiakini.com/hiburan/444110
Saleem yang dimasukkan ke Hospital Kajang dipindahkan ke PPUKM pada Sabtu lalu.
Selain Syafiq, turut hadir menyertai lawatan berkenaan adalah adik-beradiknya yang datang dari Terengganu iaitu abangnya Nurluqman Hakim, 30, dan adik bongsunya Nurul Azwanie Shuhada, 18.
Ikut serta, kakaknya Nurul Hidayah, 28, yang menetap di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, seorang lagi abangnya, Nurfahmie Jufrie, 26, yang tinggal di Terengganu tidak dapat hadir kerana menjaga isteri yang kini sarat mengandung.
Kemelut dengan ibu tiri tamat
Sementara itu, Syafiq juga mengaku kemelut membabitkan dia dengan ibu tirinya Julia Bachok sudah tamat dah hubungan kekeluargaan itu kembali bertaut.
“Saya jenguk abah sejak hari pertama dia dimasukkan ke Hospital Kajang dan ketika tular berita palsu mengatakan abah meninggal pada tengah malam hari kedua, saya memang berada di sana.
“Depan mata saya sedang tengok abah dan memang saya bengang apabila dia dikatakan meninggal
dunia.
“Saya ibarat penghubung adik beradik dengan aunty Ju dan abah. Selain itu, saya merujuk sesuatu perkara dengan abang Khairul Nizam (anak tiri Saleem) sekiranya tak sempat jenguk abah,” katanya.
Syafiq menyifatkan kehadiran adik beradiknya satu perkara positif dalam keluarga mereka.
“Alhamdulillah, siapa yang tak mahukan perkara baik-baik. Pendek kata apa yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan