Persatuan
Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata, pihaknya meletakkan keyakinan
penuh kepada Menteri Pertahanan, Mohamd Sabu serta kepimpinannya, begitu
juga terhadap anggota kabinet yang lain.
Presidennya, BG (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, pihaknya pernah dua kali bertemu dengan Menteri Pertahanan baharu itu.
Melalui pertemuan berkenaan ujarnya, Patriot yakin dan percaya beliau dan kementeriannya sedang berusaha sebaiknya untuk memperbaiki keadaan dan menyelesaikan masalah termasuk soal kebajikan bekas tentera.
Mohamad Arshad berkata demikian mengulas mengenai artikel ‘Surat Untuk Mat Sabu’, dikatakan ditulis oleh Major (B) Mior Rosli yang disebar meluas di media sosial pada 23 September lalu.
Dalam artikel berkenaan, Mior Rosli membuat kritikan tidak beradab terhadap Menteri Pertahanan, mempersendakan tingkah laku beliau sebagai Menteri Pertahanan.
Patriot, katanya tidak punya kaitan atau terlibat mengenai penulisan artikel berkenaan.
“Kecuali melalui satu ayat yang menyebutkan bahawa Mior Rosli merupakan bekas Setiausaha Kehormat Patriot dan cuba bercakap melalui platform Patriot, beliau mengakhiri artikel berkenaan atas kapasiti peribadi sebagai penulis artikel tersebut.
“Patriot berpegang pada pandangan bahawa sesiapa pun berhak membuat ulasan dan mengkritik.
“Bagaimanapun artikel berkenaan menimbulkan keraguan dan rasa tidak senang dalam kalangan awam dan bekas tentera yang tidak menyedari bahawa Mior Rosli bukan lagi Setiausaha Kehormat Patriot dan bukan lagi bercakap bagi pihak Patriot.
“Mereka yang menularkan artikel berkenaan turut menyertakan artikel tersebut dengan gambar Mior Rosli bersama anggota Patriot,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan