Isteri
bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan
hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) di sini, hari ini.
Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana warna hitam tiba pada jam 9.50 pagi tadi dan kelihatan beredar pada jam 10.40 malam setelah selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau kelihatan tenang ketika diserbu puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.
“I‘m ok. Alhamdullilah,” katanya sambil senyum kepada media, lapor Bernama.
Difahamkan SPRM membenarkan Rosmah berhenti memberi keterangan pada 6.30 petang tadi dan sambung memberi keterangan esok.
Namun, beliau memilih untuk sambung memberi keterangan.
Turut kelihatan di perkarangan Ibu Pejabat SPRM adalah peguam kepada Rosmah, Datuk K. Kumaraendran.
“Rosmah telah selesai memberi keterangan dan tidak perlu hadir ke SPRM esok,” kata Kumaraendran.
Ini merupakan kali kedua Rosmah hadir di sini untuk memberi keterangan kepada SPRM dengan kali pertama pada 5 Jun lalu di mana beliau disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan terhadap syarikat subsidiari, 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Semalam, pegawai SPRM telah pergi ke rumah Rosmah di Taman Duta, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, bagi memberi notis perintah hadir kepada Rosmah untuk diambil keterangan kes itu.
Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.
Pada Khamis lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Oprasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan