Pergaduhan dipercayai menggunakan kayu itu dicetuskan kumpulan lawan calon menyebabkan proses pemilihan yang bermula jam 10 pagi diberhentikan atas faktor keselamatan kira-kira jam 11.30 pagi.
Saksi enggan dikenali berkata, kejadian tercetus apabila ramai anggota parti berang setelah menunggu lama disebabkan sistem e-voting gagal berfungsi sepenuhnya.
“Ada sesetengah pengundi yang mula membuat bising selepas beratur panjang sehingga memaksa sebahagian membuat keputusan untuk pulang. Tiba-tiba datang sekumpulan individu mula memarahi dan menyerang menggunakan kayu.
“Kekecohan menyebabkan proses pemilihan tergendala sekali gus menyebabkan urusetia membuat pengumuman penangguhan atas faktor keselamatan,” katanya.
Difahamkan, hanya enam daripada 37 alat pengundian berfungsi dengan baik menyebabkan proses pengundian lambat.
Bagaimanapun terdapat seorang penyokong calon menjelaskan, kekecohan dipercayai sengaja dicetuskan satu pihak lain akibat tidak berpuas hati apabila ramalan menunjukkan jumlah pengundian memihak kepada pihak lawan.
Sementara itu, difahamkan mangsa yang cedera di kepala dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani bagi menerima rawatan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati polis dilihat mengawal persekitaran kawasan pengundian dan beredar jam 3.45 petang tadi setelah keadaan kembali tenang.
Cabang Merbok menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara R Krishnamoorthy, R Summugam dan Zikri Mohd Zin bagi jawatan ketua cabang dan dianggarkan 6,000 anggota PKR layak melakukan pengundian pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan