Annuar bagaimanapun tidak menamakan siapa individu yang dimaksudkan, sekaligus menimbulkan tanda tanya.
“Dia jadi pembelot dengan melarikan kerusi untuk dirinya jadi menteri. Kerusi yang ditaja dan dibiayai parti… yang penting hanya dirinya,” kata Annuar dalam status berkenaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Keluar Umno bukan nak jadi menteri PH]
Sebelum ini, bekas veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan pengunduran Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman bukan bertujuan mengintai jawatan menteri dalam Kabinet PH.
Sebaliknya, katanya, tindakan dua bekas orang kuat Umno itu keluar parti bertujuan mengisi perjuangan politik mereka.
Beliau bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan sekiranya suatu hari nanti nasib menyebelahi mereka untuk dilantik menjadi menteri semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan