HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 September 2018

JADIKAN PAU PEMANGKIN KEBANGKITAN UMNO – KJ


Wartawan Watan-Online



Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu Perhimpunan Agung UMNO (PAU2018) menjadi pemangkin kepada kebangkitan kembali parti itu.

Beliau berkata, perwakilan dan ahli parti itu seharusnya diberikan hala tuju yang jelas bagi memastikan mereka untuh bersama perjuangan UMNO.

“Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini adalah ‘turning point’ (detik perubahan) untuk parti kita.

“Jika PAU tidak berjaya memberi hala tuju yang jelas kepada ahli parti dan rakyat, saya khuatir lebih ramai yang bakal keluar dari UMNO,” tulis beliau melalui catatan di Twitternya.

Beliau berkata demikian selepas Ketua Bahagian UMNO Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengumumkan keluar parti hari ini.

Tindakan drastik pemimpin lantang itu dibuat selepas enam Ahli Parlimen UMNO berbuat demikian pasca pilihan raya umum 9 Mei lepas.


Tiada ulasan: