HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 September 2018

Mohd Shukri diminta ingat kembali ucapannya

Mohd Shukri diminta ingat kembali ucapannya
Himpunan Pertahanan Institusi Diraja di hadapan pintu C Istana Negara.
 
 
 
KUALA LUMPUR -  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull diminta mengingat kembali ucapan beliau ketika majlis perpisahan pada 2016.

Bekas Presiden Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Zamil Ibrahim berkata, Mohd Shukri ketika itu meminta anggota SPRM agar menjalankan tugas dengan baik kerana bakal disoal di akhirat.

Zamil mempersoalkan, adakah tindakan Mohd Shukri hari ini tidak akan ditanya di akhirat kerana berat sebelah dalam membuat keputusan.

“Kita minta Yang di-Pertuan Agong kaji semula pelantikan Mohd Shukri. Maaf saya cakap tindakan beliau sekarang macam pengecut.

"Beliau gagal jalankan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, nampak macam nak menekan pemimpin BN sahaja,” soalnya berucap dalam Himpunan Pertahanan Institusi Diraja di hadapan pintu C Istana Negara, di sini, malam ini.

Beliau turut mencabar Mohd Shukri supaya membuka semula fail laporan daripada pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kekayaan keluarga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sila korek balik, kalau hanya fokus kepada BN sahaja kamu bacul. Kami beri 48 jam masa kepada kamu,” katanya.

Tiada ulasan: