Dipersenda sebagai bingai dan bongap, anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mempunyai cara tersendiri untuk membalas kenyataan dibuat bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Caranya, Lokman membuat undian bagi melihat sokongan orang ramai di antara Khairy dan bekas presiden Umno Najib Razak.
Kata Lokman, semalam dia dituduh sebagai "bingai" oleh Khairy apabila mencadangkan supaya Najib dilantik sebagai ketua pembangkang sementara.
Langkah itu disarankan oleh Lokman selepas Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan menyerahkan tugas presiden Umno kepada timbalannya Mohamad Hasan.
"Kalau anda ada undi, siapa yang anda akan pilih sebagai ketua Pembangkang sementara?" tanya Lokman di Facebook.
Mengiringi pertanyaan itu ialah undian dibuat Lokman.
Disertakan dua keping gambar, masing-masing wajah Najib dan Khairy.
Seminggu untuk mengundi
Untuk rekod selain mencadangkan Najib dilantik sebagai ketua pembangkang Lokman turut mahu anggota parlimen Pekan itu diangkat sebagai ketua umum Umno.
Untuk rekod Mohamad - yang kini menjalankan tugas presiden Umno - bukanlah anggota parlimen berbanding Najib dan Ahmad Zahid.
Bagaimanapun tidak semua orang menyambut baik saranan tersebut.
Sejarah pertembungan di antara Lokman dan Khairy bukanlah baru. Dikenali sebagai penyokong tegas presiden Umno Lokman selalu muncul dengan himpunan solidariti setiap kali Najib atau Ahmad Zahid ditahan atau didakwa di mahkamah.
Pada masa sama Khairy yang juga bekas menteri belia dan sukan bersikap lantang ke atas Najib dan Ahmad Zahid. Khairy juga pernah mengakui penolakan orang ramai terhadap Umno dan BN turut disumbangkan oleh faktor Najib serta Ahmad Zahid.
Undian digerakkan Lokman itu akan berakhir enam hari lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan