HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Disember 2018

Mufti hadiah kitab Bayan Linnas buat Yeoh, Sim

MALAYSIAKINI

   

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad menghadiahkan cenderahati berupa kitab karangannya, Bayan Linnas, kepada dua timbalan menteri susulan kunjungan mereka bagi mendapatkan nasihat hari ini.

"Hadiah Bayan Linnas 3 jilid kepada YB @hannahyeoh dan YB @scheekeong. Himpunan penjelasan dan kenyataan isu-isu nasional dari sudut pandang Islam," kata mufti pada hantaran Facebook hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim mengadakan pertemuan dengan Zulkifli di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya itu. 

Dr Zulkifli berkata beliau memandang serius laporan yang dibentangkan Timbalan Menteri Pendidikan Hannah Yeoh kepadanya.

"Saya memandang serius laporan-laporan yang dibentangkan oleh YB Hannah Yeoh.

Bincang jalan penyelesaian 

"Kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sudi memberikan kerjasama penuh untuk masa depan anak-anak generasi akan datang yang lebih baik," katanya pada suatu lagi hantaran di media sosial.

Kunjungan kedua-dua ahli politik DAP itu diadakan bagi mendapatkan pandangan Zulkifli dalam usaha kerajaan menangani masalah sosial yang semakin membarah.

Pertemuan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya itu antara lain membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu sosial khususnya membabitkan golongan muda.

Yeoh - yang mengenakan baju kurung dan berselendang - mengemukakan data-data berhubung masalah sosial seperti kes kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan masalah mental.

Pada perbincangan itu mereka dijamu dengan makanan ringan termasuk buah kurma.

Yeoh turut dipelawa Zulkifli untuk menikmati kurma terbaik dari Timur Tengah itu.

Zulkifli pada sidang media kemudiannya menyatakan komitmen pejabat mufti Wilayah Persekutuan untuk membantu kerajaan dengan menyumbang pandangan dan saranan bagi menangani isu berkenaan.

Dalam pada itu Yeoh berkata, masalah itu berlaku tidak hanya membabitkan kaum atau agama khusus semata-mata.

Tiada ulasan: