HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Disember 2018

Kerajaan disaran kenakan tindakan terhadap keluarga "sembunyikan" anak istimewa

 
   

Kerajaan disaran melihat semula undang-undang berkaitan kanak-kanak kurang upaya (OKU) agar tindakan dapat diambil ke atas keluarga yang cuba “menyembunyikan” mereka daripada masyarakat umum.

Ketika membuat saranan itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Juhari Bulat berkata ada keluarga berbuat demikian kerana rasa malu mempunyai anak istimewa.

“Keluarga yang menyembunyikan kehadiran anak istimewa ini patut diambil tindakan. Orang macam ini sepatutnya kita beri sedikit pengajaran,” katanya di majlis PKB Hotel Management and Services Sdn Bhd bersama Persatuan Ayah Bonda Anak-Anak Istimewa Langkawi.

Kira-kira 120 anak-anak OKU dan keluarga mereka menghadiri majlis itu yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat PKB Hotel Management and Services.

PKB merupakan anak syarikat Permodalan Kedah Berhad.

Juhari yang juga Pengerusi PKB Hotel Management and Services dan Anggota DUN Ayer Hangat berkata majlis itu dapat menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman bagi ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak istimewa di pulau ini.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program sehari itu ialah ceramah motivasi dan terapi tentang penjagaan anak-anak OKU.-- Bernama

Tiada ulasan: