Mengalu-alukan jangkaan PAS bahawa parti itu tidak lama lagi akan 'sampai' ke Putrajaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin memberikan satu nasihat buat parti berkenaan.
Kata Hanipa secara berkias, sebenarnya untuk sampai ke Putrajaya PAS memerlukan kenderaan baru bagi mengelakkan sebarang masalah.
"Mudah-mudahan tercapai cita-cita.
"Nak ke Putrajaya, jika nak cepat sampai, kena cari lori baru. Jangan pakai lori Kassim Baba," kata Hanipa yang memang terkenal dengan kenyataan berbaur sindiran terhadap PAS.
Kenyataan dibuat anggota parlimen Sepang itu dibuat di media sosial pagi ini.
Semalam Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh berkata parti itu semakin hampir untuk memasuki Putrajaya - simbolik bagi langkah mereka menjadi kerajaan pusat.
Menyandarkan kenyataan itu dengan analogi skuad Liverpool, Nik Mohamad Abduh berkata semua parti - besar dan kecil - kini sudah pernah sampai ke Putrajaya.
Ke depan tidak
"Tunggu. Saya bersama anda menunggu," katanya.
Untuk rekod Hanipa pernah menjadi salah seorang pemimpin kanan PAS sebelum beliau dan beberapa yang lain disingkirkan perwakilan pada 2015 kesan pertembungan aliran pemikiran dalam parti berkenaan.
Beliau bersama beberapa yang lain kemudian menubuhkan Amanah dan bergabung membentuk Pakatan Harapan (PH).

Ungkapan "lori Kassim Baba" digunakan Hanipa itu merujuk kepada sindirannya kepada penganjur himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Dis lalu.
Pada himpunan tersebut yang banyak mendapat pembabitan PAS, penganjur menggunakan lori kecil untuk dijadikan pentas serta tempat duduk pemimpin utama parti terbabit serta Umno.
Nama Kassim Baba pula merujuk kepada watak penjahat yang suka khianat kepada adiknya Ali Baba, dalam kisah rakyat yang terkenal.
Kata Hanipa pemilihan kenderaan yang tepat untuk ke Putrajaya sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada kejayaan perancangan yang dibuat.
Tetap berkias Hanipa berkata kalau PAS memilih kenderaan yang dinaiki bersama parti yang ditolak rakyat dari Putrajaya, rancangan itu tidak akan menjadi.
"Takut lori itu tak bergerak ke depan, tapi mengundur pulak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan