Sebanyak RM289 juta diperuntukkan untuk melaksanakan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah yang tergolong
dalam kumpulan miskin tegar, tahun depan.
Beliau berkata baki RM39 juta akan digunakan untuk membekalkan susu atau makanan lain.
"Bagi tahun 2018, seramai 489,117 murid menerima RMT melibatkan 7,316 sekolah di seluruh negara. KPM sentiasa berusaha mempertingkatkan pendidikan dan kesihatan dalam kalangan murid.
Sehubungan itu, pelbagai bantuan dilaksanakan termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT)," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk M. Sambanthan pada persidangan Dewan Negara, hari ini.
Teo berkata pemantauan bagi memastikan kantin sekolah membekalkan makanan berkhasiat kepada murid di bawah tanggungjawab pengetua, guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di mana operator boleh dikenakan tindakan penamatan kontrak jika didapati makanan dijual tidak mengikut garis panduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan