Firdaus Azil, Astro Awani
KUALA LUMPUR : Penggunaan
pas tanpa had My100 dan My50 Prasarana dijangka dapat beri penjimatan
sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, kata Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Ketika berucap merasmikan pas itu di KL Sentral hari ini, beliau berkata, penggunaan pas itu dapat mengurangkan kos perjalanan ke tempat kerja atau ke sekolah, sekaligus membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup yang semakin meninggi.
“Ini adalah penjimatan yang tinggi. Saya yakin rakyat yang ada di Kuala Lumpur akan menjayakan cara ini.

"Kalau
kita dapat lebih ramai ridership atas kemudahan perjalanan oleh
Prasarana, saya yakin kita akan dapat membeli lebih banyak barang lain
kerana tiap tahun kita akan selamatkan RM1,200 kalau kita menggunakan
pas ini setiap bulan,” katanya lagi.
BACA: Pas MY100, MY50 inisiatif kerajaan kurangkan kos sara hidup rakyat
Dr Mahathir berkata, ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu rakyat mengurangkan tekanan, dan banyak lagi perkara lain sedang dikaji untuk tujuan yang sama.
Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mengkaji untuk memperluaskan perkhidmatan pas itu ke bandar-bandar lain.
“Seperti Menteri Pengangkutan Anthony Loke kata tadi, kemudahan ini akan dibawa ke tempat lain di malaysia. Dan percubaan di Kuala Lumpur dahulu supaya kita dapat tahu apa kelemahan yang ada dan dapat diperbetulkan.
“Inilah selalunya menjadi pemikiran di antara kabinet-kabinet pakatan harapan ini ialah bagaimana memudahkan kehidupan rakyat dan mengurangkan perbelanjaan supaya hidup lebih sempurna,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat-syarikat penyedia khidmat pengangkutan swasta juga diseru untuk mengadakan inisiatif yang sama bagi membantu rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan