HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 April 2019

Kerjasama PAS-Umno tiada agenda tersorok

HARAKAHDAILY

 
 
 
KUANTAN: Kerjasama antara PAS dengan Umno tidak mempunyai agenda tersorok, tegas Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohamad Hasan.
 
Beliau menjelaskan kerjasama itu adalah untuk penyatuan orang Melayu dan Islam di negara ini.
 
“Tak ada apa-apa agenda tersorok, untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam.
 
“Ini yang kita terangkan kepada rakyat,” ujarnya pada sidang media sempena program Himpunan Perpaduan Ummah Negeri Pahang di Padang MPK 1, di sini sebentar tadi yang turut disertai Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
 
Katanya, agenda penyatuan ummah itu dijelaskan kepada rakyat melalui program ‘roadshow’ sebagaimana yang diadakan itu di peringkat negeri-negeri.
 
Ini, jelas beliau ekoran DAP melabelkan kerjasama PAS-Umno itu bahaya sedangkan mereka mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.
  
Beliau yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau pada 13 April lalu berkata, pemimpin PAS-Umno mahu menyingkirkan tuduhan itu daripada pemikiran rakyat dengan mengadakan program himpunan perpaduan ummah itu. – HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: