Dua pemimpin kanan pembangkang secara tidak langsung mengkui kerjasama erat dijalin PAS dan Umno tidak mendapat 'restu' menyeluruh di peringkat akar umbi.
Menurut Saarani Mohamad beliau diberitahu ada gerakan tertentu sedang memujuk anggota Umno dan PAS yang menolak kerjasama di antara kedua-dua parti.
“Sampai ke telinga saya, ada maklumat, DAP akan buat gerakan untuk mencari jalan menggagalkan usaha (kerjasama) ini. Dia (DAP) akan cari orang Umno yang tak setuju. Dia (DAP) cari orang PAS yang tak setuju. Kedua-dua ini akan digabungkan," kata pengerusi Umno Perak seperti diperti harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ceramah Kebangkitan Ummah di Padang Rengas, Perak. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Bendahari PAS Pusat Razman Zakaria.
Menurut Saarani beliau tidak menolak kemungkinan DAP "menaja" parti baru yang dianggotai ahli PAS atau Umno yang tidak menerika kerjasama berkenaan.
Parti itu nanti kata Adun Kota Tampan itu lagi, akan bermusuh dengan Umno dan PAS pula.
Untuk rekod kerjasama erat PAS dan Umno sedang giat diusahakan di peringkat nasional dan negeri terutama selepas pembangkang berjaya mengekalkan beberapa kerusi parlimen atau DUN mereka dalam beberapa PRK mutakhir.
Bagaimanapun kerjasama itu jelas berlaku hanya di bahagian Pantai Barat, manakala di Pantai Timur - terutama di Kelantan dan Terengganu - ia masih belum meluas.
Sejarah
yang menyaksikan perseteruan sengit di antara PAS dan Umno beberapa
dekad lalu dipercayai mendorong pemimpin kedua-dua parti lebih
berhati-hati.
“(Ada orang) asyik mari cerita ni, datang (kepada) orang PAS (kata) Umno ni dok mencuri-curi apa semua ni. Kleptokrasi, kleptokrasi.
"Dia (Umno) dah mati hangpa (orang PAS) perhidupkan balik.
"(Perkara) ni sedang masuk ikut (peringkat) bawah ni. Yang asyik cerita kat bawah," katanya.
Pada masa sama Razman mendakwa PAS berpendapat kalau ada pemimpin Umno seperti Najib Razak bersalah, kerajaan wajar ditentukan mahkamah.
Menurut Razman lagi anggota Umno dan PAS tidak wajar bercakaran bagi mengelakkan perpaduan mereka tergugat.
“Kalau kita bercakaran, mereka (PH) akan gunakan pelbagai cara untuk memisahkan kita dengan menaja orang-orang yang impikan kedudukan.
"Melayu yang lapar dedak ni tak ramai. (Walaupun tak ramai) puak-puak makan dedak ni jangan dibiar membiak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan