HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 April 2019

Forum Statue Rom panas, hina Raja-Raja Melayu?

Mohammad Arif Nizam
MGF27042019_FORUM-MALAYSIA-DAN-STATUT-ROM13-681x454
Penulis Buku dan Bekas Pensyarah Universiti Malaya, Dr. Syed Husin Ali bercakap pada Forum Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
 

KUALA LUMPUR – Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur menjadi tegang seketika pada sesi soal jawab Forum Awam & Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di sini hari ini.

Forum tersebut mencetuskan kontroversi apabila ucapan ahli politik veteran, Syed Husin Ali. mendakwa golongan Raja-Raja Melayu telah merompak wang rakyat.

Ucapan bekas Timbalan Presiden PKR itu mendapat tepukan dan sorakan hadirin yang seolah-olah bersetuju.

Malah Syed Husin turut mengeluarkan kenyataan mengapa rakyat membahasakan diri sebagai patik ketika bersama raja kerana patik itu bermaksud anjing selain perkataan menjunjung duli bermaksud tapak kaki yang berdebu.

Kekecohan bermula apabila bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Datuk Mohd. Razlan Rafii tidak berpuas hati dengan barisan ahli panel forum berkenaan yang didakwa tidak profesional apabila menggelarkan pihak lain sebagai bodoh dan professor kangkung ketika berucap.
MGF27042019_FORUM MALAYSIA DAN STATUT ROM10
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan 
Rafii semasa menanyakan soalan kepada Peguam Negara, 
Tommy Thomas pada Forum Malaysia dan Statut Rom di 
Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya (UM), Kuala 
Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
Razlan berkata, gelaran yang ditujukan kepada empat ahli akademik yang membuat pembentangan mengenai Status Rom kepada Majlis Raja-raja tidak sesuai pada forum yang disifatkan ilmiah.

“Kita semua yang hadir ke sini berpelajaran tetapi tadi ada panel menggelar orang lain bodoh dan menggelar empat profesor itu sebagai bodoh.

“Kita semua sepatutnya boleh bercakap dan kamu pun boleh bercakap tetapi kamu tak sepatutnya menggelar orang lain bodoh, kangkung,” tegasnya.

Tindakan Mohd. Razlan bagaimanapun mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan hadirin hingga yang menjerit dan meminta beliau duduk.
MGF27042019_FORUM MALAYSIA DAN STATUT ROM08
Peguam Negara, Tommy Thomas bercakap pada Forum Malaysia 
dan Statut Rom di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malay
(UM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Beliau yang ditemui media berkata, dakwaan Peguam Negara, Tommy Thomas yang kerajaan Barisan Nasional pernah bersetuju untuk meratifasikan Statue Rom tidak benar.

Ini kerana Kabinet pada 2011 hanya bersetuju mengkaji perjanjian itu sahaja namun tidak meneruskannya untuk diratifikasi.

Forum itu membariskan Tommy, anggota G25, Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Professor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet serta Syed Husin.

Penganjur forum yang juga aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi sebelum ini turut menjemput empat ahli akademik yang menulis ringkasan Statut Rom kepada Majlis Raja-raja untuk menyertai forum berkenaan.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka tidak hadir. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: